Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas selesai menghadiri bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang mengambil masa sehingga enam bulan untuk memulakan kes perbicaraannya semalam.

Jelas Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya mempercepatkan perbicaraannya memandangkan ia kes berprofil tinggi dan menjadi perhatian masyarakat.

“Kalau tidak lewat perbicaraan tetapi fakta beliau ambil enam bulan untuk kesnya didengar.

“Patutnya beliau percepatkan kes perbicaraannya kerana berprofil tinggi.

“Ini kerana jika beliau melewatkannya, beliau tidak mendapat faedah perbicaraan sepenuhnya,” katanya.

Beliau ketika demikian pada sidang media selepas menyampaikan utama lada Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2019 di Berjaya Times Square Hotel di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pegumbela utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menegaskan pihaknya tidak berhasrat melambat-lambatkan prosiding perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC International) melibatkan bekas Presiden UMNO itu.

Sebaliknya, Shafee berkata, pasukannya hanya melakukan perkara lazim yang akan dilakukan mana-mana peguam sekiranya pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guam mereka mempunyai kecacatan. – MalaysiaGazette