Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-KIra Wang Negara (PAC) menjangkakan usul untuk melantik pengerusi baharu bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan dibuat pada 11 April ini.

Ia merupakan tarikh akhir sidang Parlimen.

Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berkata, bagaimanapun usul itu tertakluk kepada budi bicara Speaker.

“Semua bergantung pada Speaker untuk memutuskan, sama ada untuk memberi keutamaan kepada perkara ini.

“Usul pelantikan seorang pengerusi baru sekarang berada pada angka sembilan,” katanya.

PAC perlu melantik pengerusi baharu selepas Datuk Seri Ronald Kiandee (PH-Beluran) lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum itu beliau adalah Ahli Parlimen yang mewakili UMNO.

Kiandee telah diasak melepaskan jawatan itu memandangkan manifesto Pakatan Harapan yang memberi mandat jawatan Pengerusi PAC kepada pembangkang.

Barisan Nasional telah mencalonkan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) sebagai pengerusi baharu. – MalaysiaGazette