Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia berada dalam wilayah positif pada pembukaan Jumaat, menjejaki kebanyakan pasaran serantau, tetapi pelabur menjangkakan dagangan berhati-hati kerana mereka terus memantau perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)- China, kata peniaga.

Data ekonomi AS yang mengecewakan semalam juga mungkin mempengaruhi aliran masuk dana ke bursa tempatan, katanya.

Pada 9.06 pagi, indeks itu naik 0.02 mata kepada 1,645.09 daripada 1,645.07 penutup Khamis.

Ia dibuka 0.1 mata lebih tinggi pada 1,645.08.

Di pasaran meluas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 110 berbanding 96 dengan 187 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,453 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 209.46 juta saham bernilai RM47.19 juta. – BERNAMA