Menteri Sumber Manusia, Yb M.Kulasegaran diiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia, Datuk Mahfuz Omar (tiga kiri) pada gimik Majlis Pelancaran Road To WSC Kazan 2019 Gold di Stesen Sentral Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Isu isteri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Normah Alwi yang merupakan salah seorang perasmi kapal perang negara di Wuhan, China nampaknya enggan diulas beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui MalaysiaGazette berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu dan tidak mahu mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu, tiada maklumat. Itu bawah Kementerian Pertahanan. Saya bukan Menteri, saya Timbalan Menteri,” katanya selepas menemani Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran merasmikan program ‘Road Worldskills Competition Kazan 2019’, di Stesen Sentral, hari ini.

Memetik laporan blog Penangkini, Normah dilihat merasmikan kapal perang yang diberi nama Keris bersama-sama Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Pengarah Boustead Heavy Industry Corporation (BHIC), Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (Bersara), pihak pengurusan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) serta China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir pula berkata media tidak perlu membangkitkan isu itu.

“Tidak payah mention (sebutlah) isu ini.

Bagaimanapun timbul cakap-cakap mempersoalkan kredibiliti Normah merasmikan kapal berkenaan kerana beliua hanyalaj isteri kepada Menteri Pertahanan dan tidak mempunyai kaitan dengan majlis berkenaan.

Laporan berkenaan juga memberitahu bahawa aktiviti merasmikan aset kerajaan itu adalah mengikut tentera laut di mana isteri kepada orang kenamaan negara akan diberi penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada TLDM.

“Wanita yang melancarkan kapal ini digelar ‘Lady Sponsor’ dan akan terpahat sebagai sebahagian coretan sejarah kapal ini,” demikian menurut laporan berkenaan. -MalaysiaGazette