Ketua Pemuda MIC Kebangsaan R. Thinalan

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan didakwa sifat pilih kasih apabila tidak memberi perhatian secara mendalam berhubung isu kemasukan pelajar India yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dakam Program Matrikulasi.

Dr Maszlee Malik juga telah memberi penjelasan yang tidak tepat dan mengecam bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila memaklumkan peruntukan tempat 2,200 kepada pelajar India bersifat one-off dan berdasarkan keperluan semasa yang melibatkan kekosongan apabila kuota itu kepada pelajar Bumiputera tidak isi.

Sedangkan, kemasukan pelajar India dalam program itu ditambah apabila kerajaan Barisan Nasional melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang merangkumi peningkatan enrolmen pelajar India lepasan cemerlang SPM di Universiti Awam sekurang-kurangnya tujuh peratus.

Ketua Pemuda MIC Thinalan T Rajagopalu berkata, jika perkara yang ditularkan oleh Maszlee adalah benar, parti itu menuntut maklumat penuh secara terperinci daripada Kementerian Pendidikan pelajar yang dipilih dan diberikan penempatan ke matrikulasi pada tahun 2019 kepada umum secara telus supaya ia dapat menafikan isu yang hangat diwar-warkan sekarang,

Tegas beliau, pelajar-pelajar berkenaan merupakan generasi masa depan yang wajib menerima pendidikan kelas pertama berdasarkan keputusan cemerlang mereka.

Ia juga mengambil kira pengumuman Maszlee pada sidang media bertarikh 30 Mei 2018 bahawa penawaran khas 1,000 penempatan kemasukan ke program matrikulasi kepada pelajar cemerlang SPM kepada golongan bukan bumiputera dari kaum Cina kumpulan B40 sebagai satu hadiah Kerajaan Pakatan Harapan bagi tahun 2018 dan 2019.

“Bagaimanakah beliau mampu mendapatkan penempatan ini jika sistem kuota dan kriteria kemasukan ke program matrikulasi KPM tidak diambil kira, adakah pelajar cemerlang India dari golongan B40 diabaikan begitu sahaja?,” soalnya.

Thinalan berkata, Pemuda MIC akan membuat satu laporan polis di seluruh negara berkaitan kenyataan Maszlee melalui penyataan bertarikh pada 19 April 2019 bahawa tempat matrikulasi yang diberikan kepada pelajar-palajar India adalah ‘one-off”.

Artikel berkaitan: Maszlee jangan jadikan BN ‘kambing hitam’ – Mahdzir

MIC nafi kuota 2, 200 pelajar India hanya one off

Jangan main tabur perkataan ‘one off’ Maszlee, nanti PH pun ‘one off’ – Najib

Maszlee, apa status permohonan pelajar India ke program matrikulasi?

Kuota 2,200 untuk program matrikulasi penuntut India masih kekal?

Apa nasib pelajar cemerlang India tak dapat matrikulasi?

Ini kerana, katanya, perkara tersebut adalah satu penipuan semata-mata kerana peningkatan penempatan matrikulasi kepada pelajar India telah bermula dari tahun 2009 dan meningkat sehingga 2,200 pada tahun 2018.

“Saya percaya bahawa ini adalah satu kesalahan di bawah Sekysen 167, membuat dokumen palsu berniat menipu serta melempar fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

“Kementerian Pendidikan Malaysia berhak memberikan penjelasan kepada masyarakat India Malaysia berhubung pemberiaan penempatan matrikulasi ini dengan teliti dan dibuktikan menerusi dokumen rasmi kementerian agar semua jelas dan percaya akan ketelusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan pendidikan sama rata kepada semua kaum,” tegasnya. – MalaysiaGazette