Wakil Batin Orang Asli, Batin Mohamad Nohing berucap pada Majlis Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 22 APRIL 2019.

PUTRAJAYA – Masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang pembangunan walaupun jumlahnya kira-kira 250,000 di negara ini.

Justeru mereka juga terpaksa menghadapi situasi kehilangan tanah adat secara berterusan kerana ketiadaan pengiktirafan dari kerajaan terdahulu, kata Wakil Batin Orang Asli, Batin Mohamad Nohing.

Wakil dari Kampung Orang Asli Bukit Rok di Bera, Pahang itu berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau juga meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak meminggirkan mereka daripada mendapat hak mereka yang sepatutnya.

“Saya yakin dan percaya dengan kepada kerajaan hari ini supaya melakukan perubahan terbaik untuk membangunkan masyarakat Orang Asli.

“Orang kami menghadapi kehilangan tanah adat kami yang beterusan kerana tiada pengiktiragan dari kerjaan terdahulu, maka saya berharap kerajaan PH yang memimpin oleh pemimpin Tun dapat menyelesaikan isu ini,” katanya di hadapan kira kira 1,400 wakil tok batin dan komuniti Orang Asli dari seluruh negara yang berkumpul untuk membincangkan masalah orang asli dalam konvensyen sehari itu.

MGF2204019_TUN M JAKOA47
Antara peserta-peserta yang hadir pada Majlis Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 22 APRIL 2019.

Menurut Mohamad Nohing, mereka tidak ada kebergantungan selain kecuali tanah adat yang dilindungi sejak zaman berzaman lagi.

Katanya, tanah adat Orang Asli merupakan umpama nyawa mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan menyara keluarga mereka.

“Tun, kami tidak ada apa apa harta selain tanah adat untuk bercucuk tanam dan mencari sumber hutan memberi pelbagai makanan perubatan dan sebagainya.

“Malah masyarakat kami juga paling ramai tinggal di pedalamn dan hanya segelintir tinggal di pinggiran bandar dan bandar.

“Mohon kawasan pedalaman menjadi keutamaan PH iaitu, jalan jalan kampung, kemudahan elektrik sekolah daif dan sumber air bersih dan terawat,” ujarnya.

Beliau dalam perkembangan sama mendesak pentadbiran  Mahathir supaya pembangunan tanah yang diuruskan oleh Risda dan Felcra harus dikaji semula agar matlamat hasil ekonomi mereka tercapai.

Mohamad Nohing turut meminta kerajaan mencari mekanisme terbaik untuk memastikan anak anak muda masyarakat Orang Asli layak dan memiliki rumah mampu milik yang menjadi kekangan ketika ini.

“Walaupun anak anak muda kami berkemampuan untuk mendapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) mereka tidak layak disebabkan syarat ketat yang ditetapkan.

“Ia dapat menangani masalah dua tiga keluarga berkongsi sebiji rumah menjadikan ruang tidak selesa dan sempit,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mengapa tanya sekarang? Mana pergi Tok Batin selama B. N. Perentah?PH Baru 11 bulan. Bila Di beri peluang masa pilahanraya kecil Cameron Highlands,, awak semua (oa) pihah siapa? PH ka BN Kah? Sekarang nak tanya inilah itulah.

Comments are closed.