Ketua Pemuda MIC, Thinalan T.Rajagopalu (tengah) bersama pemuda MIC menunjukkan memorandum untuk penyerahan kepada Kedutaan Sri Lanka berhubung insiden keganasan di sebuah gereja di perkarangan Kedutaan Sri Lanka, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC Kebangsaan hari ini mengecam perbuataan keganasan ‘pembunuhan’ orang awam di beberapa gereja pada hari Esther di Sri Lanka yang meragut lebih 300 nyawa manakala beratus-ratus lagi cedera Ahad lepas.

Menurut Ketua Pemudanya, Thinalan Rajagopalu, perbuataan itu memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia khasnya dalam masyarakat India kerana rata-rata yang menjadi mangsa adalah dalam kalangan penganut Kristian berbangsa Tamil maut dan cedera.

Thinalan menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keji dan hina kerana ia tidak wajar berlaku sama sekali.

“Tidak ada mana-mana ajaran agama yang membenarkan tindakan jahat seperti itu, bahkan ia satu permusuhan terhadap Tuhan dan manusia serta alam keseluruhannya.

“Para pengganas ini tidak kisah tentang apa-apa, mereka tidak kisah tentang apa-apa, tiada perikemanusian dalam diri mereka. Matlamat mereka hanya satu, tunjukan kuasa mereka.

“Kami mahu melahirkan simpati terhadap apa yang berlaku dan sangat berharap kerajaan Sri Lanka untuk memburu kesemua mereka yang terlibat ini sehingga ke lubang cacing hadapkan mereka ke muka pengadilan.

“Ramai orang awam tidak bersalah termasuk kanak-kanak kecil maut dan cedera. Ini sesuatu yang kita langsung tidak boleh kompromi langsung. Mohon kerajaan Sri Lanka akan mengambil langkah lebih drastik dalam isu ini.

“Dalam masa yang sama, kita juga mohon kerajaan Malaysia untuk menyuarakan tentang isu ini kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu juga tentang isu-isu keganasan mencari penyelesaian, bukan sahaja di Sri Lanka tetapi seluruh dunia.

“MIC yang juga rasa terkesan dengan isu apatah lagi melibatkan komuniti India Kristian yang juga menjadi sasaran para pengganas, kita berharap semua pihak berwajib akan lakukan yang terbaik bagi menjaga keselamatan golongan ini dengan lebih baik.

“Isu keganasan dalam kalangan Tamil Sri Lanka sama ada Hindu atau Kristian bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sudah lama wujud, konflik itu telah banyak meragut nyawa di Sri Lanka. Insiden baharu ini juga telah memberikan kesan sangat mendalam serta menyayat hati dan sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

MGF260419_PENYERAHAN MEMORANDUM09
Ketua Pemuda MIC, Thinalan T.Rajagopalu (kanan) menyerahkan memorandum kepada Konsular, Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka, Chirantha Randima (kiri) berhubung insiden keganasan di sebuah gereja di perkarangan Kedutaan Sri Lanka, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 APRIL 2019

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum yang turut di hadiri oleh wakil Pemuda UMNO Kebangsaan, Pemuda Pas juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan kira-kira lebih 100 orang di luar Kedutaan Sri Lanka Jalan Sultan Ismail sebentar tadi.

Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan kelmarin, mengorbankan lebih 300 orang dengan sekurang-kurangnya 100 cedera.

Sehingga ini, angka rasmi kematian dan kecederaan selain hasil tangkapan belum diumumkan secara rasmi namun sudah tular sekurang-kurangnya lebih 70 orang sudah di tangkap bagi tujuan siasatan.

MGF260419_PENYERAHAN MEMORANDUM02 (1)
Ketua Pemuda MIC, Thinalan T.Rajagopalu (tengah) bersama pemuda MIC berjalan bagi penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sri Lanka berhubung insiden keganasan di sebuah gereja di perkarangan Kedutaan Sri Lanka, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 APRIL 2019

Pada Ahad lalu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Jelas Thinalan, beliau berharap penduduk Sri Lanka bersabar dalam menghadapi tragedi amat mengerikan itu.

“Kami mengucapkan takziah dan simpati tidak terhingga kepada mangsa jenayah tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun itu, yang disasarkan kepada orang tidak berdosa ketika sambutan perayaan Easter iaitu ketika penganut Kristian sedang berkumpul untuk berdoa dan merayakan sambutan itu.

“Kita juga telah menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia dengan mangsa, keluarga mereka dan rakyat Sri Lanka melalui penyampaian memorandum sebentar tadi,” ujarnya. –MalaysiaGazette