Joko Widodo. foto Nasional Kompas

JAKARTA- Presiden Indononesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertimbangkan untuk melakukan rombakan Kabinet sebelum mengangkat sumpah buat kali kedua Oktober ini.

Mengikut kiraan pantas sampel pengundi, Jokowi memenangi pilihan raya baru-baru ini dengan 10 mata peratusan.

Bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada 22 Mei ini. Pencabarnya, Prabowo Subianto turut mendakwa telah menang pilihan raya berkenaan.

Dalam satu temubual dengan akbar Tempo hari ini, Jokowi memberi bayangan tidak berminat untuk memilih teknokrat dengan mengatakan “dalam parti-parti politik, terdapat ramai ahli profesional.”

Spekulasi mengenai rombakan kabinet mula kedengaran dalam kalangan ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan sebelum pilihan raya berlangsung 17 April lalu dengan beberapa menteri yang bertanggung jawab terhadap portfolio ekonomi mungkin akan ditukar.

Sumber kerajaan memberitahu Reuters, Presiden akan meneruskan agenda reformasi ekonomi yang dimulakan semasa penggal pertama beliau dengan fokus diberikan utuk meningkatkan pelaburan asing, membetulkan sistem ekonomi dan peraturan buruh yang terlalu ketat.

Jokowi telah beberapa kali merombak kabinet semasa penggal pertama pentadbiran beliau dengan membawa Indrawati yang sebelum itu bertugas sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia ke kabinetnya pada 2016.

Barisan kabinet Indonesia ketika ini merupakan gabungan di antara teknokrat dan ahli politik daripada beberapa parti di bawah pakatan Jokowi.- Agensi