Mazlan Bujang

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Mazlan Bujang disahkan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.

Beliau menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan awal bulan ini.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Bersatu kepada media selepas majlis program bersama pegawai kerajaan profesional di sini hari ini.

“Saya rasa surat pelantikan sudah dihantar kepada Mazlan,” katanya ringkas.

Kelmarin, Pengarah Media Bersatu Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, bakal pengganti Osman sudah pun dipilih dan Setiausaha Agung parti, Datuk Marzuki Yahya akan membuat surat rasmi lantikan itu.

Jelas beliau, nama Pengerusi Bersatu Johor yang baharu akan diumumkan oleh Presiden parti selepas Aidilfitri sebelum pemilihan parti berlangsung.

Sementara itu, Mazlan yang digugurkan minggu lalu jawatan Exco dikaitkan bagi mengisi jawatan berkenaan seperti diarahkan pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.