Hassan Rouhani. foto Agensi

TEHRAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani menandatangani satu rang undang-undang bagi mengisytiharkan semua pasukan tentara Amerika Syarikat di Timur Tengah sebagai pengganas dan Washington sebagai penaja keganasan.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh parlimen minggu lalu sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump yang mengisytiharkan Pengawal Revolusi Elit Iran sebagai sebuah organisasi pengganas asing.

Tidak jelas apa kesan undang-undang Iran yang baharu kepada tentara Amerika Syarikat dan operasinya di Timur Tengah.

Rouhani mengarahkan Kementerian Perisikan, Kementerian Luar Negara, angkatan bersenjata, dan majlis keselamatan negara tertinggi Iran untuk melaksanakan undang-undang tersebut, lapor media negara.

Undang-undang tersebut secara khusus menyifatkan Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), yang bertanggungjawab untuk operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Timur Tengah dan Afghanistan sebagai pengganas.

“Kedua-dua pasukan ini (Pengawal dan CENTCOM) yang ditakrifkan sebagai kumpulan pengganas boleh berkonfrontasi (antara satu sama lain) di Teluk Parsi atau kawasan lain.

“Amerika Syarikat pasti akan bertanggungjawab atas keadaan sedemikian,” kata Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi yang dipetik oleh agensi berita negeri IRNA.

Amerika Syarikat telah menyenaraihitam entiti dan individu yang berkaitan Pengawal Revolusi Elit tetapi sehingga keputusan itu bukan membabitkan organisasi secara keseluruhan.

Dianggarkan 125,000 tentera Pengawal Revolusi (IRGC) juga memerintahkan Basij, sebuah pasukan sukarelawan sukarelawan agama, dan mengawal program peluru berpandu balistik Iran. – MalaysiaGazette