Pep Guardiola
Pep Guardiola

LONDON – Pep Guardiola dinobatkan sebagai pengurus terbaik tahunan Persatuan Pengurus Liga sekaligus mengatasi keupayaan Jurgen Klopp.

Pengurus Manchester City itu mengekalkan gelaran Liga Perdana Ahad lalu apabila pasukan itu mengatasi skuad kendalian Klopp, Liverpool dengan satu mata pada penghujung pemburuan liga.

Selain memenangi Piala Liga pada awal kempen, skuad Guardiola bakal melengkapkan tiga kejuaraan domestik bola sepak England apabila mereka layak untuk berdepan Watford pada final Piala FA di Wembley Sabtu ini.

Guardiola mendahului undian di depan Jurgen Klopp, pengurus Tottenham; Mauricio Pochettino, yang membawa Spurs ke final pertama Liga Juara-Juara dan Nuno Espirito Santo dari Wolves, yang menamatkan saingan di tangga ketujuh pada musim pertama kembali ke liga utama. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan