Barisan ahli Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu ahli-ahlinya terus menjalinkan kerjasama demi kebaikan bersama.

Presidennya, Datuk Abdul Aziz Bakar berkata, ia penting bagi mengeratkan silaturahim sesama sendiri termasuk mengenali ahli keluarga masing-masing.

persatuan bekas skuad 69 pdrm

Beliau dalam masa yang sama berterima kasih atas sokongan padu ahli selama ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Ramadan AJK Tertinggi Skuad 69 PDRM di Kelab Darul Ehsan, Ampang malam tadi.

Antara tetamu khas yang hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara PDRM Bukit Aman, SAC Afandi Senin dan Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM, Datuk Alias Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Pengarah Chaanvig Publication Sdn Bhd, Datuk Sundrasegar Alagappan dan Datuk Buani Atiqi Abdul Rahman. – MalaysiaGazette