Zulzaim Hilmee Abidin
Zulzaim Hilmee Abidin

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah tidak perlu mengheret penjawat awam ke kancah politik murahan sebagaimana yang dilakukan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda Pas Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin berkata, sikap parti itu yang menghalang tugasan Unit Cawangan Khas dalam satu acara baru-baru ini dilihat agak keterlaluan.

Katanya, Warisan sepatutnya bertindak profesional dalam mengurus perkara tersebut secara lebih baik dan memberi suatu kemudahan kepada penjawat awam untuk melakukan tugasan yang diamanahkan oleh pihak berkuasa.

“Pemuda Pas yakin dan percaya bahawa setiap anggota Unit Cawangan Khas yang berada di bawah seliaan PDRM bertindak atas SOP yang telah ditetapkan dengan tujuan tertentu untuk kepentingan negara dan ia perlu diberi kerjasama secara bijak.

“Pemuda Pas mahu mengingatkan bahawa sekalipun mana-mana parti sudah berkuasa, maka, semua pihak perlu akur atas kedaulatan undang-undang yang menjadi teras kepada Rukun Negara dan tidak memacu negeri mengikut undang-undang rimba dan mengikut selera sendiri,” katanya.

Justeru tambah beliau, Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah (DPPNS) menyelar tindakan Parti Warisan Sabah itu terhadap PDRM yang merupakan sebuah agensi yang menjaga keamanan dan membanteras jenayah. – MalaysiaGazette

KPN terkejut SB dihalang hadiri sidang media Warisan

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.