Aliff Syukri memuat naik kisah Marsyilla dan anak menerusi akaun Instagramnya untuk berjumpa dan membantu keluarga malang ini.
Aliff Syukri memuat naik kisah Marsyilla dan anak menerusi akaun Instagramnya untuk berjumpa dan membantu keluarga malang ini.

KUALA LUMPUR – Kisah sedih dialami keluarga Marsyilla Zakaria bersama tujuh anaknya mendapat perhatian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Beliau menerusi hantaran Instagram hari ini, melahirkan rasa simpati dan kesian dengan nasib dilalui keluarga itu yang menyambut Ramadan tanpa suami di sisi.

“Kesian… terlalu banyak orang tag saya minta saya bantu keluarga ini. Siapa boleh tolong bantu saya untuk bertemu dengan keluarga ini?

“Saya nak beri duit, bekalan makanan dan baju raya @as.legacymalaysia kalau boleh secepat mungkin, atau boleh call pejabat saya 03-61512037,” tulis beliau.

MalaysiaGazette pada Khamis lalu menyiarkan kisah sedih dilalui Marsyilla, 35, bersama anak-anaknya menyambut bulan mulia ini, apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sejak suaminya ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.

Namun, kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyilla menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.

Marsyillah dan anak-anak kini tinggal di PPR Desa Tun Razak, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here