Beberapa anggota polis terpaksa mereda kebimbangan keluarga-keluarga banduan selepas berlaku rusuhan di sebuah penjara di Amazonas. foto Agensi

SAO PAULO – Rusuhan antara banduan dalam sebuah penjara di Brazil di Amazonas pada hari Ahad berakhir dengan 15 orang maut, menurut kenyataan sekretariat penjara.

Mangsa-mangsa yang terbunuh itu di Penjara Amazonas akibat terbakar atau ditikam dengan berus gigi, kata Kolonel Marcos Vinicius Almeida, ketua penjara negeri.

Rusuhan bermula semasa waktu lawatan.

Namun, tidak ada kejadian tebusan dan keganasan diarahkan di antara tahanan, kata Almeida.

Kejadian pemberontakan dalam kalangan banduan pernah berlaku di penjara sama yang berakhir dengan 56 orang mati pada tahun 2017. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.