SEOUL (Reuters) – Huawei Technologies merasmikan sebuah makmal terbuka rangkaian tanpa wayar 5G di Korea Selatan hari ini tetapi tidak menghebohkannya susulan pengharaman oleh Amerika Syarikat.

Gergasi teknologi China yang juga pengeluar peralatan telekomunikasi utama dunia itu berkata, ia merancang untuk melabur AS$5 juta bagi makmal yang terletak di daerah Junggu di Seoul itu.

Huawei bagaimanapun tidak memberitahu butiran lanjut mengenai lokasi makmal berkenaan dan tidak menjemput media ke majlis pelancarannya.

“Berdasarkan falsafah “Di Korea dan untuk Korea” dan kekuatan rangkaian 5G yang dimilikinya, Huawei akan membina ekosistem 5G menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi maklumat dan komunikasi Korea Selatan terutamanya perusahan kecil dan sederhana,” kata pejabat Huawei di Korea dalam satu kenyataan.

Menurut seorang sumber, Huawei pada asalnya berhasrat untuk menjemput media hadir ke majlis pelancaran makmal berkenaan bagaimanapun selepas AS mengharamkan firma telekomunikasi dan teknologi negara berkenaan daripada berurusniga dengan Huawei, syarikat tersebut memutuskan untuk melangsungkan acara berkenaan secara tertutup.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.