Pasukan penyelamat dari Korea Selatan mengambil bahagian dalam mencari 21 mayat yang hilang dalam kejadian bot karam di Budapest. foto Agensi

BUDAPEST – Para penyelam berjaya menaikkan satu mayat daripada bot pelancong yang tenggelam di Budapest pada mingu lalu.

Satu lagi mayat ditarik dari sungai kira-kira 100 kilometer ke hilir, yang dikenalpasti oleh polis sebagai mangsa kelapan bencana.

Dalam nahas itu seramai 28 orang dilaporkan mati apabila bot The Mermaid yang membawa 33 orang pelancong Korea Selatan dan dua warga Hungary terkandas dan tenggelas selepas di langgar oleh sebuah bot.

Kerja-kerja menyelam dilakukan sejak hari Isnin untuk membawa mayat-mayat daripada bot tersebut.

Usaha itu telah dilakukan sebaik sahaja bot berkenaan tenggelam tetapi gagal kerana arus Sungai Danube kuat.

Tujuh mayat telah ditemui pada hari kejadian dan tujuh mangsa berjaya diselamat.

Seramai 21 orang dilaporkan berada dalam bot berkenaan diisytiharkan mati – bencana paling buruk di Sungai Danube sejak lebih separuh abad.

Pasukan penyelamat masih bekerja keras untuk mencari mangsa yang terkorban.

The Mermaid karam selepas dilanggar dari arah belakang kapal besar berhampiran sebuah jambatan di tengah Budapest ketika hujan lebat.

Korea Selatan telah menghantar pasukan penyelamat sendiri untuk menyertai operasi berkenaan pada hari Isnin untuk mengesan dan mengeluarkan semua mangsa-mangsa yang masih hilang. – MalaysiaGazette