Peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Syazlin Mansor. foto IQBAL BASRI, 14 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Peguam Syazlin Mansor yang menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam inkues siasatan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengadakan sidang media pukul 1.30 petang ini.

Syazlin pada 27 Mei lalu mengumumkan menarik diri daripada kes tersebut namun enggan menghuraikan alasan berbuat demikian.

Sidang media itu dijangka menyentuh beberapa perkembangan kes kematian anggota bomba itu dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield Perkhidmatan  27 November lalu.

Anggota Penyelamat Perubatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu meninggal dunia pada 17 Disember lalu semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Syazlin ialah satu-satunya peguam mewakili KPKT dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia.

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan berkata, Syazlin memalukan dirinya sebagai peguam KPKT kerana sering mengambil pendirian bercanggah dengan timbalan pendakwa

Tommy berkata, Syazlin sepatutnya menolak pelantikan KPKT dan bomba kerana peguam tersebut turut mewakili keluarga Adib“yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam inkues itu.

Bagaimanapun, Syazlin boleh terus mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Malah Peguam Negara itu mengingatkan mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendapatkan nasihat dan hanya boleh melantik peguam luar melalui Jabatan Peguam Negara. – MalaysiaGazette