Aliff Satar. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.
Aliff Satar. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, pelakon dan pengacara, Aliff Satar bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober depan

Dia berkongsi kegembiraan bakal dikurniakan anak ketiga di laman sosial miliknya.

Aliff menjelaskan sudah lama dia menyimpan berita baik itu daripada pengetahuan umum.

“Tidak sabar menunggu bayi lelaki saya,” tulisnya ringkas.

Dia berharap kehadiran bayi lelaki berkenaan bakal menyerikan lagi keluarga kecilnya bersama isteri, Sha Dila.

Ketika ini, Aliff, 29, memiliki dua anak perempuannya, Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca ,2.

Sha Dila pernah keguguran sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.