TERKINI : Penagihan Dadah Lebih Kepada Penyakit, Bukan Jenayah – Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyimpulkan bahawa penagihan terhadap penggunaan dadah adalah sesuatu yang lebih kepada penyakit dan bukannya digolongkan dalam kategori jenayah.

Menurut Menteri KDN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aktiviti penagihan dadah perlu dilihat dari sudut perspektif penyakit yang perlu dirawat terlebih dahulu.