Gambar hiasan

CALIFORNIA – San Francisco menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat yang mengharamkan jualan rokok elektronik (e-rokok) sehingga kesannya terhadap kesihatan lebih jelas.

Kerajaan negeri itu telah melarang penjualan vape dan juga mengharamkan bagi peruncit online.

California adalah bandar kepada Juul Labs, pengeluar popular bagi kebanyakan e-rokok di Amerika Syarikat.

Juul dalam reaksi susulan langkah kerajaan negeri itu berkata, langkah tersebut akan mendorong perokok kembali menghisap rokok dan mewujudkan pasaran gelap.

Datuk Bandar San Francisco, London Breed, mempunyai 10 hari untuk menandatangani undang-undang dan menyatakan beliau akan berbuat demikian.

Undang-undang itu akan mula dikuatkuasakan tujuh bulan dari tarikh tanda tangan itu.

Aktivis anti-pembunuhan berkata, Juul sengaja mensasarkan golongan muda dengan menawarkan produk berperisa, sekali gus menggalakkan kumpulan itu merokok.

Awal tahun ini, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), mengeluarkan garis panduan cadangan yang memberi syarikat pengeluar sehingga tahun 2021 untuk memohon menilai produk e-rokok.

Tarikh akhir telah ditetapkan pada Ogos 2018, tetapi agensi kemudian mengatakan bahawa ia memerlukan lebih banyak masa persediaan diperlukan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, bilangan remaja yang mengaku menggunakan produk nikotin meningkat sekitar 36% tahun lalu, sesuatu yang dikaitkan dengan pertumbuhan penggunaan e-rokok.

Di bawah undang-undang persekutuan, usia minimum untuk membeli produk tembakau adalah 18 tahun, walaupun di California dan beberapa negara lain ia adalah 21 tahun. – MalaysiaGazette