Pesawat Boeing, B737 MAX

SEATTLE – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menemui kecacatan baharu pada Boeing, B737 MAX yang akan melengahkan lagi pesawat itu beroperasi.

Semasa ujian penerbangan semulator B737 MAX di Seattle, juruterbang ujian FAA menghadapi masalah kompuetr yang memperlahankan tindakan balas seseorang juruterbang pada senario yang dihadapi dalam dua kemalangan membabitkan pesawat tersebut.

Isu tersebut ditemui ketika juruterbang menilai senario kegagalan ketika muncung pesawat diturunkan. Juruterbang ujian itu mendapati ia turun lebih lama daripada sepatutnya menyebabkan mereka khuatir ini akan meningkatkan risiko kemalangan.

Kini Boeing sedang membetulkan perisian kedua bagi menyelesaikan masalah itu dan jika gagal, komponen tersebut perlu diganti pada semua pesawat B737 MAX dan ini akan memanjangkan tempoh penggantungan operasinya.

“Kami akan meluangkan masa untuk memahami setiap dimensi kemalangan ini dan membuat penambahbaikan yang kami boleh lakukan,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg.

FAA tidak menyatakan tempoh masa yang diperlukan untuk mengemaskini perisian ujian penerbangan itu diperlukan sehingga isu tersebut diselesaikan,

United Airlines bersama American Airlines dan Southwest Airlines menggantung operasi B737 MAX sehingga 3 September ini. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.