Marco Asensio

LONDON – Real Madrid sedia menawarkan Marco Asensio kepada Liverpool sebagai sebahagian daripada syarat pertukaran dengan Sadio Mane.

Mirror. UK melaporkan, Asensio ditawarkan kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang sudah lama meminati pemain itu.

Klopp difahamkan mengagumi bakat Asensio yang beraksi bersama Los Blancos sebanyak 44 kali musim lalu.

Namun pada masa sama, pengendali Liverpool itu enggan kehilangan Mane.

Penyerang Senegal itu mempamerkan aksi luar biasa semasa di bawah kendalian Jurgen Klopp sejak berhijrah ke Anfield dari Southampton pada 2016.

Dia menjaringkan 59 gol dalam 123 perlawanan termasuk membantu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara dan menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Real sering dikaitkan dengan perpindahan Mane dan Daily Express melaporkan kelab gergasi Sepanyol itu bersedia mengemukakan tawaran kepada Liverpool. – MalaysiaGazette