MOSCOW – Kebakaran di atas kapal selam milik tentera laut Rusia telah membunuh 14 anak kapal, kata kementerian pertahanan Rusia.

Krew terbunuh akibat asap ketika kapal sedang mengukur di perairan wilayah Rusia pada hari Isnin.

Kementerian itu tidak memberi keterangan mengenai jenis kapal yang terbabit.

Tetapi laporan media Rusia mengatakan ia adalah kapal selam mini nuklear yang digunakan untuk operasi khas.

Kebakaran itu kemudiannya berjaya dipadamkan dan kapal itu kini berada di Severomorsk, pangkalan utama Armada Utara Rusia.

Media Rusia mengatakan kapal selam dengan 14 askar yang maut itu adalah dari AS-12 “Losharik”, yang digunakan untuk operasi khas.

Ia adalah kapal selam sama yang didakwa Amerika Syarikat mampu merosakkan kabel bawah laut selepas menuduh Rusia memintas atau mengganggu komunikasi.

Kementerian Pertahanan masih tidak tahu berapa ramai anak kapal terlibat ketika kejadian.

Laporan media tempatan menyatakan beberapa anak kapal telah dihantar ke hospital.

Siasatan ke atas insiden itu kini dibuat  oleh komander tentera laut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa lalu menarik diri dari acara yang dijadualkan di rantau Tver, barat laut Moscow, untuk membincangkan isu itu dengan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

Putin menyifatkan kejadian itu sebagai kerugian besar bagi Angkatan Laut Rusia, dan menyampaikan “ucapan takziah yang tulus” kepada keluarga mangsa. – MalaysiaGazette