Laluan Selat Hormuz

LONDON – Tiga kapal Iran didakwa cuba menghalang laluan kapal British melalui Selat Hormuz tetapi menarik diri selepas diberi peringatan kapal perang British, kata kerajaan Britain.

Susulan itu, Britain menyeru pihak berkuasa Iran untuk mengatasi keadaan di rantau itu.

“HMS Montrose terpaksa meletakkan dirinya di antara kapal Iran dan British Heritage serta mengeluarkan amaran lisan ke kapal Iran, yang kemudiannya berpatah balik,” kata seorang jurucakap kerajaan British dalam satu kenyataan.

Kapal tangki British Heritage beroperasi di bawah BP (BP.L) di bawah bendera Isle of Man, menurut data penghantaran.

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif menolak laporan British sebagai “tidak bernilai”, menurut agensi berita Fars.

Kejadian itu berlaku hampir seminggu selepas British Royal Marines mengikut secara rapat kapal tangki Iran, Grace 1, dari Gibraltar dan merampasnya kerana disyaki telah melanggar sekatan Kesatuan Eropah dengan menghantar minyak ke Syria. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.