WASHINGTON – Jutawan yang dikaitkan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein yang kini sedang berdepan dengan dakwaan pemerdagangan seks kanak-kanak dikatakan cuba menyogok saksi.

Agensi melaporkan, Epstein dikatakan telah membayar sekurang-kurangnya AS$350,000 (RM1.4 juta) kepada dua saksi supaya memberi kenyataan membantunya dalam kes skandal seks dihadapi olehnya.

Jeffrey2Menurut pendakwa raya semalam, pihaknya telah memperolehi bukti bahawa bayaran sogokan itu telah dibayar kepada dua bakal saksi melalui rekod bank baru-baru ini.

Dalam rekod yang telah dibentangkan di mahkamah itu menunjukkan nilai bersih aset Epstein mencecah AS$500 juta (RM2 billion) dan menjana pulangan tahunan mencecah AS$10 juta (RM41 juta).

Ppeguam Epstein enggan mengulas berhubung dakwaan sogokan tersebut.

Financier Teenage Girls

Epstein, 66 ditahan pada 6 Julai lalu di Lapangan Terbang Teterboro, New Jersey sebaik tiba dari Paris atas tuduhan pemerdagangan seks dan konspirasi.

Jutawan itu dipercayai terbabit mengatur gadis bawah umur bagi melakukan urutan serta aksi seks lain juga dikatakan menawarkan perkhidmatan tersebut untuk ikon berpengaruh.

Selain itu Epstein juga didakwa membayar beberapa gadis untuk merekrut gadis lain pada 2002 hingga 2005.

Pihak berkuasa juga telah menemui banyak gambar bogel gadis bawah umur di kediaman Epstein Sabtu lepas, namun tidak ada sebarang ulasan berhubungnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.