KYOTO – Sekurang-kurangnya 23 orang mati dan berpuluh-puluh lagi cedera, dengan beberapa orang pengsan, apabila seorang lelaki membakar sebuah studio animasi di Kyoto, kata para pegawai polis dan pasukan penyelamat.

Kebanyakan mayat ditemui di tingkat dua studio milik Kyoto Animation Co. setinggi tiga tingkat itu yang mana dipercayai 70 orang pekerja berada di bangunan tersebut ketika insiden pada jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Polis berkata, beberapa saksi melihat seorang lelaki menjerit ‘mati’ ketika dia memulakan kebakaran itu. Polis turut menemui pisau di tempat kejadian, lapor The Japan Times yang memetik agensi berita Kyodo.

Lelaki yang berusia 41 tahun yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital dan dia  mengaku telah membakar bangunan tersebut, kata polis.

Orang ramai yang berada berhampiran studio itu berkata, mereka terdengar beberapa letupan dan melihat asap hitam keluar dari bangunan tersebut. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.