KLCC
Gambar hiasan. foto AFIQ RAZALI, 15 JUN 2018

PUTRAJAYA – Duta Besar Malaysia ke China yang baharu, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin tidak bimbang tentang tahap kebergantungan ekonomi Malaysia kepada China.

Beliau berkata, selain Malaysia, China sedang menjalin hubungan dagang dengan 100 negara lain.

Jelasnya, berbanding nilai dagang dengan China yang menyumbang kepada 25 hingga 28 peratus daripada jumlah perdagangan antarabangsa Malaysia, Australia dilihat lebih bergantung kepada negara tembok besar tersebut.

“NIlai dagang Australia dengan China ialah 33 peratus daripada jumlah perdagangan,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Beliau berkata, China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 10 tahun selain pelabur terbesar di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

Mengenai kemajuan China yang luar biasa dalam tempoh 30 tahun, termasuk pencapaian dalam penerokaan teknologi 5G, Nushirwan berkata, pembangunan kuasa Asia itu memberi inspirasi kepada Malaysia.

Katanya, Teknologi 5G Amerika Syarikat ketinggalan China selama dua hingga tiga tahun, oleh itu Kuala Lumpur harus mewujudkan hubungan kerjasama dengan Syarikat Huawei jika mahu meraih teknologi itu ke Malaysia. – MalaysiaGazette