Petugas Malaysia Airport menunjukkan replika model skala yang pertama KLIA pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 21 KLIA Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). foto NOOREEZA HASHIM, 13 OGOS 2019.

SEPANG – Sempena menyambut ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua pihak yang terlibat supaya mengutamakan tugas penyelenggaraan. 

Perdana Menteri berkata, lapangan terbang ternama itu perlu sentiasa memastikan bangunan dan kemudahannya tidak terabai, pada masa yang sama operator perlu sama-sama menjaga infrastruktur. 

“Satu lagi isu yang saya nak ingatkan adalah tentang penyelenggaraan. Perkara ini nampaknya tidak menjadi amalan kita.

“Tak guna kalau bina bangunan besar dan jadi lapangan terbang yang gah dengan kemudahan infrastruktur tapi kita tidak selenggaranya dengan baik.

“Ya penyelenggaraan adalah tugas penting kepada operator tapi juga merupakan tanggungjawab pengguna,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan ulang tahun ke-21 KLIA di sini, hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri menekankan kepentingan untuk mengekalkan perkhidmatannya dalam masa yang sama wujud cabaran yang perlu dihadapi ketika KLIA menjadi lapangan terbang yang semakin menerima sambutan ini.

Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mencuba pengimbas  teknologi baharu yang digunakan KLIA untuk mengesan bahan bendasing organik atau tidak organik dalam badan penumpang.

Untuk rekod sehingga tahun lalu, KLIA menerima 60 juta penumpang yang mana 70 peratus darinya adalah penumpang antarabangsa. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.