TERKINI : Najib Perlu Bayar RM1.69 Bilion kepada LHDN

Datuk Seri Najib Razak masih perlu membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun sudah memfailkan rayuan penilaian semula bagi tuntutan itu.

Berdasarkan salinan afidavit sokongan yang ditandatangani Penolong Pengarah Kawalan Unit LHDN, Hisyamuddin Mohd Hassan, Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1973, memperuntukkan bahawa seseorang yang merayu terhadap penilaian itu masih perlu membayar taksiran yang dibangkitkan.