Kebakaran hutan di Pulau Canary yang masih belum berjaya dikawal disebabkan angon kuat dan cuaca panas. foto Agensi

MADRID – Kira-kira 4,000 orang telah diselamatkan selepas kebakaran besar di Gran Canaria terus ‘mengganas’.

Kebakaran berlaku sejak hari Sabtu lalu, merebak di kawasan hadapan pergunungan kepulauan itu.

Sebanyak 10 pesawat dan helikopter dengan 500 anggota bomba dan 200 askar dikerah untuk memadamkan kebakaran itu.

Namun usaha menangani kebakaran sukar disebabkan suhu tinggi, angin kuat dan kelembapan yang rendah.

“Kebakaran tidak berkurangan atau terkawal,” kata Presiden Kepulauan Canary, Angel Victor Torres.

Disebabkan itu, bantuan telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat Sepanyol.

Kebakaran itu bermula di bandar Tejada dan setakat ini 1,700 hektar kawasan telah musnah.

Kebakaran itu mengakibatkan 11 jalan terpaksa ditutup. – MalaysiaGazette