Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini menjejaki penyusutan semalaman indeks global di tengah-tengah nada pelaburan yang berhati-hati.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.83 mata kepada 1,599.92, selepas dibuka 1.52 mata lebih rendah pada 1,601.24.

Penanda aras pasaran itu ditutup pada 1,602.75 semalam.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter turun mengatasi naik sebanyak 112 berbanding 87 dengan 146 kaunter tidak berubah, manakala 1,610 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Sejumlah 68.98 juta saham bertukar tangan bernilai RM30.35 juta. – MalaysiaGazette