Beliau menafikan isu lambakan pekerja warga asing berpunca daripada Tekam sedangkan pihaknya sudah tidak dibenarkan melakukan pengambilan pekerja asing oleh kerajaan sejak 2010 lagi.
Perdana Menteri berkata, dasar-dasar yang dilaksanakan dalam peperangan perdagangan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur tidak dapat melabur di negara-negara tertentu, sekaligus menguntungkan negara-negara yang tidak terlibat.
Kira-kira 840,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tampil menyerah diri menerusi Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) sejak program itu diperkenalkan pada 2014 hingga kini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Katanya, Shahril telah membawa KWSP ke tahap baharu dengan dividen yang kukuh, peningkatan kepada dasar KWSP serta penambahbaikan kepada pengalaman pelanggan
pengalaman.
Tunku Alizakri Alias dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.
Seorang warga emas membuat proses pengundian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 OGOS 2018
Pengundi, Shafira Hamri, 25 (kanan) bersama kakaknya, Syakira Hamri, 27 (kiri) menunjukkan jari berdakwat selepas selesai membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 OGOS 2018
Katanya, pulau ini masih mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi memulakan projek seumpama ini dan beberapa syarikat Malaysia sudah menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya.
Beliau berkata, buat masa ini jumlahnya belum diputuskan namun kadarnya akan diseragamkan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ringgit dijangka melantun semula sedikit berbanding dolar US minggu depan berikutan data ekonomi domestik yang positif yang mungkin akan menyokong sentimen mata wang tempatan, kata Penganalisa Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga.