Pesawat Boeing 737 MAX

CHICAGO – Boeing Co tidak menjangkakan pesawat 737 Max akan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula sehingga pertengahan tahun ini disebabkan proses pensijilan dan peraturan ketat dalam sistem kawalan pesawat berkenaan.

Firma pembuat kapal terbang itu berkata, ia telah memaklumkan unjuran baharu kepada syarikat-syarikat penerbangan dan para pembekalnya.

Dengan itu, tarikh operasi semula 737 Max dijangka lebih panjang daripada yang diramalkan kerana mengambil kira keperluan latihan semula juruterbang.

Sebelum ini, Boeing menjangkakan pesawat berkenaan boleh diterbangkan semula pada bulan Februari atau Mac tahun ini selepas ia digantung susulan dua nahas membabitkan Lion Air dan Ethipion Airlines.

Berdasarkan kelulusan peraturan pada suku pertama, tiga syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang mengendalikan 737 MAX – American Airlines Group Inc (AAL.O), United Airlines Holdings Inc (UAL.O) dan Southwest Airlines Co (LUV.N) – Max dijangka beroperasi pada awal bulan Jun ini.

Mereka kini mungkin perlu memanjangkan tempoh masa lagi, sekurang-kurangnya 30 hari untuk meneruskan penerbangan berikutan persetujuan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan kerana memerlukan masa untuk kesediaan pesawat dan melatih juruterbang.

Boeing telah mengemaskini sistem kawalan dan perisian kawalan 737 Max untuk menangani isu-isu yang dipercayai memainkan dalam dua kemalangan di Indonesia dan Ethiopia yang membunuh 346 orang dalam tempoh lima bulan.

Saham Boeing ditutup 3.3% lebih rendah kepada AS$ 313.37 selepas jatuh sebanyak 5.7% semasa sesi tersebut.

Mengembalikan Max dengan selamat adalah keutamaan dan kami yakin ia akan berlaku,” kata Boeing dalam satu kenyataan.

Tambah Boeing: “Kami mengakui dan menyesali kesulitan yang berterusan sehingga terpaksa menggantung operasi 737 Max”.

Boeing berkata, ia akan memberikan maklumat tambahan semasa keputusan prestasi suku tahun pada minggu depan. – MalaysiaGazette