Mamat Khalid

KUALA LUMPUR – Anak perempuan pengarah terkenal Mamat Khalid, Sara Khalid mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan bapanya sebelum ini.

Menerusi status di Facebook miliknya, Sara turut memaklumkan keadaan bapanya yang kini beransur pulih dan turut menunjukkan tanda-tanda positif setelah menerima rawatan di hospital.

“Terima kasih yang mendoakan, yang datang melawat, yang sedekahkan bacaan Yassin dan Al-fatihah, yang solat hajat untuk kesembuhan papa. Alhamdulillah, he is improving and showing positive response towards his meds.

Sebelum ini, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Menurut isteri beliau, Hasmah Hassan, Mamat dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat selepas mengadu sakit dada dan batuk. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/01/27/mamat-khalid-kritikal-di-icu-akibat-sakit-dada-batuk/