Frontliner Bergadai Nyawa, Noh Terkejut Dituduh Serang Najib | EDISI MG 7.45mlm – 27 Oktober 2020

Ahli Parlimen Tanjong Karang melahirkan rasa terkejut apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang dilaporkan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menafikan laporan mendakwanya dan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz ada bertindak demikian dalam Mesyuarat Ahli Parlimen UMNO semalam.