Home Utama Jalan Jemaluang-Mersing mendap

Jalan Jemaluang-Mersing mendap

Sebahagian jalan di KM16 Jalan Jemaluang - Mersing yang mendap.

MERSING – Satu kejadian mendapan tanah dengan keluasan dianggarkan 70 meter dan ketinggian cerun 15 meter berlaku di KM16 Jalan Jemaluang – Mersing awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta telah jatuh ke dalam gaung mendapan tanah tersebut, bagaimanapun penumpang kenderaan tidak mengalami kecederaan serius.

Mereka kini sudah dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Cyril Edward Nuing, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 2.30 pagi ini.

Susulan daripada itu, beliau memaklumkan, jalan di situ ditutup sepenuhnya kerana ia tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan ringan atau berat.

Tambahnya, mereka yang menghala ke Johor Bahru atau Mersing boleh menggunakan jalan alternatif iaitu melalui Jalan Nitar – Jemaluang. – MalaysiaGazette.

Comments are closed.