Cristiano Ronaldo. Foto The Athletic.

LONDON – Cristiano Ronaldo memberikan bayangan bahawa dia akan bermain perlawanan pertamanya di bawah pengurus baharu Manchester United Erik ten Hag esok.

Penyerang sensasi dunia menerusi media sosialnya berkata, ‘King’ sudah bersedia untuk perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano.

Sejak kebelakangan ini, iasa depan Ronaldo di kelab yang berpangkalan Old Trafford telah menjadi subjek perbincangan dan perdebatan panas.

Ia berikutan laporan menyatakan bahawa pemain antarabangsa Portugal itu memohon perpindahan mahu berpindah ke kelab yang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 37 tahun itu juga tidak menyertai skuad untuk jelajah pramusim mereka ke Thailand dan Australia dan dia tidak termasuk dalam skuad untuk perlawanan persahabatan United menentang Atletico Madrid di Oslo hari ini.

Ronaldo turus membidas laporan yang menyatakan dia mendesak perpindahan keluar dari United.

“Memang mustahil kalau tak bercakap tentang saya dalam sehari. Kalau tak, macamana akhbar nak buat duit. Kamu tahu kan, kalau kamu tak menipu, kamu tak akan dapat menarik perhatian orang.”

“Teruskanlah, sebab suatu hari kamu akan dapat berita sebenar.

“Ahad (menentang Rayo Vallecano) King akan bermain,” tulisnya.

Ketika ini, Ronaldo mempunyai baki setahun dalam kontrak United dan Ten Hag berkata awal bulan ini bahawa dia tidak sabar untuk bekerjasama dengan kapten Portugal itu yang merupakan penjaring terbanyak mereka musim lalu dengan 24 gol dalam semua pertandingan.

Walaupun dilanda spekulasi Ronaldo mahu berpindah, namun United bertegas bahawa pemain itu tidak sesekali untuk dijual. – Agensi

‘Sunday the king plays’ – Cristiano Ronaldo confirms Man Utd return vs Rayo Vallecano