Bangunan Ibu Pejabat TEKUN Nasional yang terletak di Menara 5, Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 OGOS 2017.

KUALA LUMPUR – Tekun Nasional didakwa mengambil masa yang lama untuk meluluskan pinjaman walaupun nilai permohonan antara RM5,000 hingga RM50,000 sahaja.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Tekun Nasional kembali kepada proses asal iaitu kalau pinjaman RM5,000-RM50,000 diluluskan di peringkat daerah sahaja.

Manakala permohonan pinjaman RM50,000 ke atas atau mungkin ke RM100,000 di peringkat negeri dan seterusnya yang lebih besar adalah di peringkat pusat.

Ismail Sabri Yaakob”Kita juga mohon ditambahkan pinjaman untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan usahawan-usahawan kecil ini, kerana kelemahan usahawan kecil kita adalah dari segi pembungkusan, pemasaran, pembotolan produk dan sebagainya.

“Kalau pinjaman begitu rendah, maka begitu sahaja mereka tidak akan terkeluar daripada budaya lama iaitu masalah pembungkusan, pembotolan dan pemasaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, beliau meminta Tekun Nasional menambah pinjaman maksimum RM100,000 sekarang kepada RM200,000 hingga RM300,000 dan sebagainya. – MalaysiaGazette