Tag: badan peguam malaysia
Badan Peguam Negara Dibenar Teruskan Rayuan Cabar Keputusan AG
Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam Malaysia meneruskan rayuan untuk mendapat kebenaran mencabar keputusan Peguam Negara menghentikan prosiding kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi.
Rayuan Badan Peguam didengar petang ini, bantahan awal Peguam Negara ditolak
Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam Malaysia meneruskan rayuan dalam usaha mendapat kebenaran untuk mencabar keputusan Peguam Negara (AG) menghentikan prosiding kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi.
Tindakan SPRM panggil peguam satu pencerobohan hak asasi – Badan Peguam
Badan Peguam Malaysia menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil peguam yang mewakili individu yang sedang disiasat sebagai pencerobohan hak asasi kepada sistem perundangan.
Mahkamah Rayuan secara litar buka lembaran baharu kepada akses keadilan
Kami sedang melihat kemungkinan mengadakan sidang di lokasi seperti Miri, Sandakan untuk memudahkan masyarakat luar bandar. Prinsip kami jelas, kita pergi kepada mereka. Itulah akses kepada keadilan.
Peguam, firma guaman bersekongkol perbuatan rasuah berisiko kena tindakan tata tertib
Peguam atau firma guaman yang didakwa bersekongkol dalam perbuatan rasuah urusan pembiayaan pinjaman bank baru-baru ini, berisiko dikenakan tindakan tata tertib.
Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman
Badan Peguam Malaysia menyifatkan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah – Zaid
Daripada sudut politik juga, tindakan kedua-dua pemimpin PKR berkenaan dilihat seolah-olah mencabar kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mempersoalkan kredibiliti kerajaan dalam isu yang sangat penting, katanya.
Apabila kebebasan badan kehakiman rapuh, seluruh negara tanggung akibat
Kurang 24 jam, ahli-ahli yang menganggotai Badan Peguam Malaysia akan menyertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri.
Badan Peguam mahu kedudukan Tun Tengku Maimun diperjelas
Badan Peguam Malaysia menyuarakan kebimbangan kerana setakat ini masih tiada pengumuman rasmi sama ada khidmat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun dilanjutkan enam bulan lagi meskipun beliau dijadual bersara wajib esok.
Badan Peguam Malaysia alu-alukan peletakan jawatan Raus dan Zulkefli
Badan Peguam Malaysia mengalu-alukan peletakan jawatan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.














