Saturday, September 19, 2026
Home Tag Banjir

Tag: banjir

2 jalan di Segamat ditutup

JOHOR BAHRU - Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi Sabtu, membabitkan keluasan kawasan kira-kira 1,000 meter dan kedalaman air 0.5 meter. "Jalan Bangas ditutup pada jam 10 pagi pada Sabtu selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang. "Berdasarkan maklumat, antara faktor menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah hujan berterusan. Justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurut Solihan, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan daerah Segamat. Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa. Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing," katanya.-MalaysiaGazette

456 mangsa di Segamat dipindahkan

Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APM) Johor berkata, kesemua penduduk yang terjejas ditempatkan di lapan PPS selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.

MGNews: : Lebih 600 Sukarelawan Bersama KPPK Bantu Bersih Rumah Mangsa

Ketua Setiuasusaha Kementerian Perusahaan Perlandangan dan Komuniti, Datuk Ravi Muthayah bercakap pada media ketika mengadakan Misi Bantuan Banjir di Kampung Pisang, Kuala Selangor.

Pahang urus banjir dengan baik – PM

Menurut Ismail Sabri, sebanyak RM1.4 billion telah dibelanjakan bagi menguruskan belanja melibatkan pengurusan banjir yang melanda di lapan buah negeri.

MGNews: Majlis Getah Malaysia Sumbang RM300,000 Untuk Bantu Mangsa Banjir

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia, Nor Hizwan Ahmad memaklumkan bantuan dalam pelbagai bentuk disalurkan sejak awal banjir berlaku.

Segamat Mula Dilanda Banjir, 50 Peratus Kes Varian Omicron Babitkan Jemaah...

Segamat Mula Dilanda Banjir, 50 Peratus Kes Varian Omicron Babitkan Jemaah Umrah.

KPPK gerak lebih 600 sukarelawan bersih rumah mangsa banjir

Menurut Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah seramai lebih 600 sukarelawan yang digerakkan kementerian itu di sekitar Kampung Asahan bagi oeprasi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Kuala Selangor kembali hujan, penduduk bimbang air naik semula

Keadaan cuaca mendung membawa ke hujan pada jam 1 petang tadi mula menimbulkan rasa kurang senang penduduk sekitar Kampung Asahan, Kuala Selangor, hari ini.

MGNews: Ujian Ini Satu Peringatan Allah – Mangsa Banjir

Antara sukarelawan yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat banjir ketika mengadakan Misi Bantuan Banjir di Kampung Pisang, Kuala Selangor.

KPKT serah bantuan kepada 595 warga yang terjejas akibat bencana banjir

Sehingga 30 Disember 2021, keseluruhan penerima bantuan banjir warga KPKT ini berjumlah 595 orang dengan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) paling ramai terjejas iaitu seramai 313 orang di seluruh negara.