Tag: banjir
Patah kaki seminggu sebelum banjir
Seorang mangsa banjir berusia 43 tahun, Ng Teng Wei berkata beliau berterima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kerana membawa beliau ke tempat selamat.
Kata beliau, keadaannya yang patah kaki menyebabkan beliau sukar untuk keluar dari kediamannya.
Perdana Menteri diberi taklimat perkembangan banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di sini hari ini diberi taklimat perkembangan banjir di Pulau Pinang.
Ada mangsa banjir berdegil enggan tinggalkan rumah – Noh
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu melahirkan rasa dukacita kepada mangsa yang terkorban dan menasihati orang awam supaya mematuhi arahan pihak bomba.
Mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan di empat daerah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sedikit pagi ini iaitu 6,080 orang melibatkan 1,572 keluarga berbanding malam tadi seramai 6,243 mangsa daripada 1,588 keluarga.
Hujan lebat punca pintu air Empangan Padang Chempedak pecah
Tinjauan MalaysiaGazette di ibu bekalan air Sungai Jarak, Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara mendapati pintu empangan mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan air dari empangan mengalir laju ke Sungai Jarak.
Ketepikan perbezaan, yang penting adalah rakyat – Zahid
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus ketepikan perbezaan pendapat dan politik antara kedua-dua pihak dan fokus kepada rakyat yang kini menjadi mangsa banjir di negeri ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata yang penting sekarang adalah keperluan mendesak kesemua mangsa banjir diutamakan dan kebajikan mereka diambil kira.
DUN P. Pinang lulus usul tergempar berkenaan bencana banjir
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan usul tergempar berhubung bencana banjir besar di negeri ini menerusi persetujuan sebulat suara semua wakil rakyat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan pembangkang.
AirAsia tawar perkhidmatan untuk bantuan ke Pulau Pinang
AirAsia menawarkan bantuan pengangkutan udara kepada mana-mana pertubuhan bukan keuntungan (NGO) untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang.
Jumlah mangsa banjir Pulau Pinang meningkat
Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan.
Air paras pinggang di SMK Datuk Ahmad Said
Sejumlah 159 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Datuk Ahmad Said di Sungai Dua dibawa memasuki ke dewan peperiksaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (SUV) dan lori.
Hasil tinjauan Malaysia Gazette mendapati air dipercayai naik sehingga ke paras pinggang membuatkan semua pelajar di situ gagal untuk memasuki sekolah berkenaan.
















