Thursday, April 18, 2024
Home Tag Dagangan orang dalam

Tag: dagangan orang dalam

Dagangan orang dalam: Hukuman ke atas Sreesanthan Eliathamby kekal

Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati tiada merit dalam rayuan itu dan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi serta memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM50,000 kepada SC.

Dagangan dalaman: Raymond Yap didapati bersalah

Dalam saman yang difailkan pada 2020, SC mendakwa Raymond Yap telah melanggar seksyen 188(2)(a) dan (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila dia melupuskan sejumlah 43,823,600 saham Patimas yang dipegang oleh Law Siew Ngoh, bekas Pengarah Urusan Patimas, dari Jun hingga Julai 2012.

Dagangan orang dalam, bekas CEO APLI dipenjara

Thai disabitkan kesalahan kerana memberi maklumat bukan awam antara 26 Oktober 2007 dan 29 Oktober 2007 kepada Tiong. Tiong disabitkan dengan dua kesalahan kerana menjual sejumlah 6,208,500 saham APLI ketika memiliki maklumat bukan awam yang sama melalui akaun-akaun yang dimiliki oleh ibu mentua dan ibunya.

7 disaman kerana dagangan orang dalam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tujuh individu kerana dagangan orang dalam yang melibatkan saham Worldwide Holdings Bhd (Worldwide), sebuah syarikat yang sebelum ini disenaraikan di Bursa Malaysia.

Bekas peneraju Maxbiz didakwa lakukan dagangan orang dalam

Vincent Leong, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyampaikan maklumat bukan awam antara November 2010 dan Januari 2011 untuk Leong Wye Keong apabila beliau sepatutnya tahu bahawa Wye Keong akan cenderung untuk melupuskan saham Maxbiz.