Tag: dera
Dua beradik dipijak, dihempas ke simen
Hospital Segamat curiga dengan kesan kecederaan memaklumkan polis.
Bayi meninggal dunia dipercayai akibat didera, seorang lelaki ditahan
Hasil bedah siasat terhadap mayat bayi itu yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala akibat dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Dua beranak mengaku bersalah dera kanak-kanak 4 tahun hingga mati
Norasmahwati Tar Mohmad, 32, dan ibunya, Norhayati Bidin, 61, didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sembilan bulan itu, telah melakukan penderaan fizikal dan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak tersebut.
Wanita Indonesia mengaku dera anak
Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak lelakinya yang berusia setahun, bulan lepas.
Kanak-kanak didera ibu kandung meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa, Kong Chaw Wan disahkan meninggal dunia akibat mati otak selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Wanita Indonesia ditahan disyaki dera anak
Wanita itu mendakwa anaknya terjatuh ketika sedang bermain dan dahinya terhentak ke lantai ruang tamu rumah mereka sebelum tidak sedarkan diri.
Reman askar ikat anak tiri pada tong gas disambung
Reman bapa tiri yang didakwa merantai seorang kanak-kanak pada tong gas disambung tiga hari lagi.Ketua Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nayan berkata, askar berusia 32 tahun itu akan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Ibu bapa kes dera wajib dikaunseling
Sesi kaunseling dan kursus keibubapaan mungkin diwajibkan kepada ibu bapa yang terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.Ini susulan peningkatan kes penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa sendiri kebelakangan ini.
Ibu bapa kanak-kanak dirantai pada tong gas direman
Suspek berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun ditahan ekoran penemuan kanak-kanak malang itu, selepas polis terpaksa memecah masuk bahagian belakang rumah yang terletak di Indera Mahkota 1 di sini, pada pukul 10 pagi semalam.
Dua lagi anggota TLDM buat laporan polis
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dua anggota tersebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.