Tag: IHP
Kadar inflasi Ogos naik 0.2%
Kenaikan perlahan ini disebabkan oleh kesan daripada harga bahan api yang menyebabkan indeks kumpulan Pengangkutan meningkat hanya 2.1 peratus berbanding 6.7 peratus yang dicatatkan pada Julai 2018, menurut Ketua Perangkaan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
SST hanya rangkum 38% bakul IHP
Susu formula bayi, sardin, fi doktor hospital swasta, tiket wayang dan taman tema, insurans kesihatan untuk individu, servis penyelenggaraan, fi transaksi bank dan bingkai cermin mata adalah barangan yang dikenakan GST tetapi dikecualikan dari SST.
Inflasi Jun bawah 1%
Indeks Harga Pengguna (IHP) jatuh kepada 0.8 peratus pada Jun berbanding tempoh sama tahun lalu.
Inflasi Mei naik 1.8%
Kenaikan ini didorong oleh indeks subkumpulan makanan ikan & makanan laut (+3.2 peratus), buah-buahan (+1.9 peratus), beras, roti & bijirin lain (+1.6 peratus), gula, jem, madu, coklat & manisan (+1.2 peratus) dan daging (+1.0 peratus).
Inflasi April naik 1.4 peratus
Inflasi Malaysia yang diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 1.4 peratus pada April 2018 berbanding tahun sebelumnya dengan harga makanan dan minuman bukan beralkohol lebih mahal di samping perbelanjaan lebih tinggi di restoran hotel.
Inflasi Mac naik 1.3%
Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.8 peratus), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (+2.1 peratus), Kesihatan (+2.0 peratus), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.0 peratus), Restoran & Hotel (+2.0 peratus) dan Pendidikan (+1.1 peratus).
Inflasi Februari naik 1.4%
Kadar inflasi pada Februari meningkat pada kadar perlahan kepada 1.4 peratus berbanding setahun lalu, lebih rendah berbanding kaji selidik Bloomberg yang meramalkan peningkatan sebanyak 1.9 peratus.
Kos makanan, pengangkutan tekan kenaikan inflasi
Kadar inflasi atau indeks harga pengguna (IHP) November 2017 meningkat kepada 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan makanan.
IHP September naik 4.3%
Indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol merupakan pendorong utama kepada kenaikan IHP bagi tempoh Januari hingga September 2017, mencatatkan peningkatan 4.2 peratus.
Indeks harga pengguna Ogos 3.7%
Antara indeks barangan makanan yang mencatatkan kenaikan yang ketara dalam bulan Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas adalah Minyak Masak (+48.9 peratus), Ikan Kembong (+13.6 peratus), Sotong (+8.2 peratus), Ikan Cencaru (+7.7 peratus), Ikan Tenggiri (+6.4 peratus), Udang (+5.6 peratus), Bayam (+4.8 peratus), Kobis Bulat (+4.7 peratus) dan Sawi (+2.6 peratus).
















