Tuesday, August 25, 2026
Home Tag Koroner

Tag: Koroner

Peguamcara Negara dicadang ambil alih dakwa 4 perusuh

Sehubungan itu, Putra mendesak Tommy mengeluarkan kenyataan media mengecualikan diri beliau daripada membuat apa-apa keputusan berkaitan pendakwaan ke atas empat lelaki India tersebut atas alasan konflik kepentingan seperti mana kenyataan media beliau menarik diri daripada mencampuri kes pendakwaan Lim Guan Eng suatu ketika dahulu.

Kegagalan polis, FRU kawal rusuhan turut menyumbang kematian Adib

Mahkamah Koroner hari ini turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal rusuhan pada 27 November tahun lalu menyumbang kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner tolak permohonan peguam tangguh tarikh prosiding Jumaat ini

Koroner Rofiah Mohamad berkata pihaknya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tempoh inkues berkenaan dan prosiding akan diteruskan mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 10 Mei (Jumaat).

Tampil ke depan kalau ada maklumat berkaitan Muhammad Adib – Zuraida

Kalau ada maklumat, datang kepada kita. Nanti kita akan maklumkan kepada Mahkamah Koroner supaya mereka boleh jadi antara saksi untuk memberi keterangan pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib, - Zuraida Kamaruddin.

Inkues Adib: Saksi tunjuk pintu kenderaan bomba dipecahkan perusuh

Prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bermula dengan kehadiran Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam merangkap Koroner Rofiah Mohamad membuat lawatan ke beberapa lokasi rusuhan.

Inkues Adib: Hakim dibawa ke lokasi

Hakim Rofiah Mohamad dibawa ke lokasi sebelum diberikan perincian berhubung insiden pada malam Allayarham Muhamad Adib Mohd Kassim dilaporkan diserang sekumpulan orang awam berbangsa India di Kuil Sri Maha Mariamman di sini.