Paras air naik di beberapa kawasan sekitar daerah LMS susulan hujan lebat petang semalam. Foto APM Perak

TAIPING – Seramai 76 mangsa banjir daripada 24 buah keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS itu dibuka di Dewan Orang Ramai Changkat Larah pada jam 8.30 malam tadi susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

“PPS ini menempatkan penduduk dari Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara di mana kediaman mereka dimasuki air akibat hujan lebat pada Isnin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Jabatan Metereologi (MetMalaysia) turut meramalkan beberapa daerah akan mengalami cuaca ribut pada sebelah petang melibatkan daerah LMS, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, dalam laporan sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) aras air Sungai Perak di Stesen Pasang, Bagan Datuk mencatatkan aras berjaga dengan bacaan 1.90 meter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here