Tuesday, September 29, 2026
Home Tag Mahkamah Persekutuan.

Tag: Mahkamah Persekutuan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan untuk seluruh rakyat – SIS

SIS percaya apabila sesebuah negara menggunakan Islam sebagai sumber undang-undang, dasar dan amalannya, akan tetapi hasilnya mendiskriminasi wanita dan melanggar kebebasan asasi manusia, maka rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan semakan kehakiman.

Kemenangan MAIS pertahankan akidah umat

Kegusaran Sultan Selangor ini ada asasnya kerana perkataan Islam yang ada pada SIS menjadikan mereka duta yang mewakili Islam pada kaca mata orang bukan Islam. Kontradiksi berlaku apabila pegangan akidah SIS Forum tidak selari dengan autoriti agama di Negeri Selangor, jika dibiarkan SIS Forum terus bergerak aktif maka ia bakal menganggu usaha dakwah di Negeri Selangor terutama melibatkan orang bukan Islam.

Mahkamah Persekutuan secara tidak langsung sudah mencampuri urusan fatwa – MAIS

MAIS bimbang keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan dalam kes ini akan membuka ruang kepada kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk berselindung di sebalik nama Islam dalam sesebuah syarikat, pertubuhan atau institusi bagi mengamal dan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil terhadap mereka.

PPMM perbetul gambaran salah fatwa SIS Forum dalam laporan media

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) memperbetul gambaran salah dalam laporan media yang menyatakan Mahkamah Persekutuan membatalkan sepenuhnya Fatwa Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama 2014.

Keputusan mahkamah tidak batal keabsahan fatwa – PGSM

Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia), tidak membatalkan keabsahan pemakaian fatwa yang melarang penganut Islam mengamalkan fahaman pluralisme dan liberalisme.

Kerajaan teliti keputusan Mahkamah Persekutuan, pastikan wibawa institusi fatwa tak terjejas...

Mohd Na’im berkata, kerajaan akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara.

Sekitar Keputusan Rayuan SIS Cabar Fatwa di Mahkamah Persekutuan

Reaksi Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa bersama penyokong selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia) berhubung pertikaian menyentuh fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng di Istana Kehakiman Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2025.

SIS Forum tidak wajar mengelak daripada fatwa – Hakim

Penghakiman minoriti Mahkamah Persekutuan menyatakan, SIS Forum (Malaysia) tidak wajar mengelak daripada dikenakan fatwa hanya kerana statusnya sebagai sebuah syarikat, walhal ia terus menerus mengeluarkan pandangan mengenai isu berkaitan Islam.

Tiada keperluan untuk pinda fatwa – Haniff Kathri

Tiada keperluan Majlis Fatwa Kebangsaan mahupun Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk meminda fatwa yang mengatakan Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia itu sesat dan menyeleweng, daripada istilah pertubuhan kepada individu susulan hukum hakam itu disahkan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Fatwa sesat, menyeleweng tidak terpakai pada SIS Forum -Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan berpendirian, fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan SIS Forum (Malaysia) sebagai sesat dan menyeleweng, tidak terpakai kepada pertubuhan itu.