Tag: mahkamah
Langgar SOP PKPB: Neelofa dan suami dilepas tanpa dibebas
Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lepas.
Tiga lelaki dituduh membunuh di pasar pagi
Tiga lelaki termasuk dua beranak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di Pasar Pagi Rumah Pangsa di Jalan Hospital di sini, minggu lepas.
Kes Guan Eng: Rakaman kenyataan mendiang Ewe direka palsu – Pembelaan
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan bahawa kenyataan SPRM itu boleh diterima secara sah sebagai bukti kerana pihak pembelaan gagal mencabar bahagian rakaman kenyataan SPRM bahawa mendiang Ewe tidak dipaksa untuk memberi kenyataan itu.
Gagal bayar RM200,000, mahkamah arah harta Sajjad disita
Barang-barang Sajjad yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.
Kes Syed Saddiq dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memindahkan kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menghadapi empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram, ke Mahkamah Tinggi.
Tiada kesilapan besar dalam dokumen perjanjian awal projek terowong – Saksi
Beliau berkata, draf itu telah dibentang dan mendapat kebenaran exco selain persetujuan mereka untuk pindaan tertentu dibuat dalam perjanjian tersebut.
Mahkamah Rayuan perintah Deepak dan syarikat bayar kos RM40,000
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam.
Dua anggota polis mengaku tak bersalah terima suapan
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama meminta suapan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Muhammad Amirul Hafiz Azmi, 23, sebagai dorongan untuk melepaskan Muhammad Amirul dan rakannya yang ditahan kerana memiliki air ketum.
Zizie Izette terima wang tunai RM2.2 juta perkenal ejen pelaburan kepada...
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank tersebut.
Aniaya kanak-kanak sindrom down, pengasas Rumah Bonda didakwa lagi
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

















