Tag: Nahas
Adik minta henti sebar gambar, video abang terbabit nahas pesawat
Noorhidayah Muhamad Saleh, 30, berkata, beliau sekeluarga masih lagi dalam keadaan bersedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, dan berharap orang ramai dapat menjaga perasaan keluarganya dengan memadamkan semua gambar dan video berkaitan tragedi yang menimpa abangnya itu.
Agong beri sumbangan peribadi kepada balu mangsa nahas pesawat
Seri Paduka Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar Adlina Aisyah dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Laporan awal nahas pesawat ringan dalam masa 30 hari
Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan. - Kementerian Pengangkutan.
Nahas pesawat: Jenazah penunggang p-hailing dikebumikan di Sungai Petani hari ini
Kemudian kita akan membawa jenazahnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani. Insha-Allah, jenazah akan dikebumikan hari ini. - Muhammad Saleh Othman.
Jenazah Muhamad Hafiz akan diserahkan kepada waris pagi ini
Jenazah pertama mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam dekat sini akan diserahkan kepada waris pagi ini.
Anak sukar terima ayah telah pergi, kata isteri mangsa
Adlina Aisyah Ahmad Rusli, 41, yang melahirkan anak ketiga berusia 54 hari berkata beliau mengetahui tentang tragedi yang menimpa suaminya Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, melalui abangnya yang berkongsikan pautan daripada portal media.
Suasana Hari Kedua Nahas Pesawat Terhempas
Suasana pilu mengelubungi ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina hadir bagi menunggu proses bedah siasat dan pengecaman sebelum meneruskan urusan pengebumian jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Foto MOHD ADZLAN, 18 OGOS 2023.
Allahyarham Hafiz ‘rider’ terbaik Foodpanda
Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam merupakan 'rider' terbaik Foodpanda.
Nahas pesawat: Persiaran Elimina dibuka semula
Menurut Shamsol, bangkai pesawat dan kereta yang terlibat kejadian tersebut masih tersadai di tepi jalan tersebut dan ia akan digunakan sebagai bahan bukti untuk siasatan yang dilakukan pihak berkuasa pada Isnin ini.
Jangan dengar spekulasi – MB Pahang
Dapatkan laporan sahih daripada pihak berkuasa. - Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

















